Itu kalau kita duduk diam, tak buat apa-apa usaha. Duduk tunggu melangut
lampu hijau nak menyala. Kita kena usaha, gerodek tempat mana yang patut, lampu
hijau tu tak menyala mungkin ada wire short di mana-mana.
MLP
Thursday, October 31, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Saya ceritakan kisah abah kepada Profesor Syed yang ternganga
mendengarnya. Abah tak perlu pun tunggu lampu hijau. Dua biji kelapa muda
diangkatnya. Saya pujuk si Profesor Syed Al-Angau supaya melupai si Alia Najwa,
girlfriend idamannya dan menggantikannya dengan kedua mak muda saya!
Wednesday, October 30, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Setahun kemudian mak pula meninggal. Sewaktu sakit di hospital mak berpesan kalau
dia mati jangan kuburkan jasadnya di sebelah kubur abah. Tapi diakan dah mati?
Kami ke bumikan jenazah bersebelahan kubur abah. Setiap kali Raya kami ziarah
dan selepas baca doa kami akan menekan perut menahan ketawa sampai dicubit
isteri.
Tuesday, October 29, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Cara terbaik adalah membuat ujian DNA. Tapi Allahyarham Pak Yatim dah
terkubur. Kalau nak gali balik kuburnya perlu dapat surat arahan mahkamah dan
persetujuan Majlis Agama Islam. Perkara ini akan menjadi rumit dan berbagai
andaian boleh berlaku. Reputasi tuan-tuan semua dan juga nama baik
syarikat akan terjejas.
Monday, October 28, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Saya teringat kisah abah selepas pencen. Abah aktif dalam gerakan
kebajikan Islam. Buat korban dan akikah di Selatan Siam dan Kelantan. Abah
ajak mak ikut tapi mak tak mahu, dia lebih selesa di rumah. Abah
berulang-alik ke Kelantan dan Selatan Siam. Mak mengadu pada abang, tapi
kata abang, biarlah dia buat kebajikan asalkan dia bahagia. Rupanya memang
abah cukup bahagia.
Sunday, October 27, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Sebulan kemudian abang ambik cuti empat hari. Dan selama empat hari empat
malam abang bekerja keras turun Ke sawah bendang, membajak dan menabur
benih di empat penjuru alam. Benih abang tertanam di tanah yang subur, cukup
baja, cukup air dan cahaya. Hari Raya tahun seterusnya abang balik beraya
bawa kereta mewah dengan empat orang isteri masing-masing meriba anak kecil
berusia dua bulan, dua lelaki dan dua perempuan.
Saturday, October 26, 2013
Petikan Skrip Menunggu Lampu Hijau
Dalam perkahwinan memanglah kita harap yang terbaik, tapi kadang-kadang
kita tersilap pilih atau tersilap langkah. Kita terima itu sebagai
pengajaran dan kali kedua kita ditemukan jodoh, kita mesti lebih berhati-hati,
lebih terbuka, lebih pemurah dan lebih banyak berfikir tentang orang
lain. Perkahwinan sebenarnya bukanlah perkongsian antara dua manusia sahaja.
Subscribe to:
Comments (Atom)